Ahad, 18 Januari 2009

Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna

Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna

Tajuk : Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna untuk berita Bernama berbahasa Mandarin dan berbahasa Melayu [Analisis Kontrastif Semantik]

1.0 Pendahuluan

Esei ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan antara hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama bahasa Mandarin dan berita Bernama bahasa Melayu. Kami tidak memfokuskan terhadap satu tajuk berita kerana terdapat empat berita berbahasa Mandarin dan empat berita berbahasa Melayu dalam data yang dikaji oleh kami. Kami akan mengkaji dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa.

Data yang dibuat perbandingan dalam bahasa itu sendiri contohnya dalam bahasa Mandarin itu sendiri merupakan intrabahasa. Manakala, data yang dibandingkan dengan bahasa lain merupakan interbahasa. Misalnya, data yang dibanding dalam bahasa Mandarin dengan bahasa Melayu merupakan interbahasa.

Sinonim dapat didefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama dalam sesuatu bahasa [ Kamus Linguistik, 1997: halaman 204 ].

Nik Safiah Karim dan rakan-rakan di dalam bukunya, Tatabahasa Dewan memberi definisi kata nama sebagai “ perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau kontruksi frasa nama ”. [ Tatabahasa Dewan, 2008: halaman 132 ]

2.0 Tujuan

Tugasan ini akan menganalisis kesinoniman kata nama yang wujud di dalam rencana bernama1 dan rencana bernama 2 di mana kata nama yang wujud di dalam rencana-rencana tersebut akan disenaraikan dan diberi definisi secara harfiah. Tujuannya adalah untuk melihat hubungan antara perkataan tersebut dengan makna kamus dengan makna yang digunakan oleh penulis di dalam penulisan rencana tersebut. Di sini, persamaan dan perbezaan pengunaan perkataan dapat dikenalpasti dan dianalisis pada bahagian dapatan dan analisis.


Nama Ahli Kumpulan:
CHAN YAN YI
OOI YUN KEAN
CHOO HOOI LEAN
LIM SIEW SUAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan