Isnin, 30 Mac 2009

HMT329 Analisis Kontrastif-Laporan Perjalanan ke Gurney

Pada 22 Mac 2009, kami kerabat kursus HMT329 telah memulakan pengembaraan ke Gurney. Namun, pengembaraan kami kali ini bukanlah seperti pengembaraan kami ke Queens Bay pada semester yang lalu iaitu dengan berjalan kaki. Sebaliknya, rombongan kami menaiki bas Milan ke KOMTAR sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Kota, kemudian berhenti seketika di Jeti untuk menaiki bas ke Gurney.




Di sinilah tempat kami menunggu bas....Naik bas free...

Sepanjang pejalanan ke Gurney, banyak papan tanda, "banner" dan sebagainya yang memperlihatkan kesalahan tatabahasa diambil. Berikut merupakan hasil tinjauan dan penelitian kami tentang kesalahan penggunaan tatabahasa sepanjang perjalanan ke Gurney.

1. Kesalahan penulisan preposisi "di"

Menurut Nik Safiah Karim (2006 : 252), kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya :

"Azhar berdiri di hadapan cermin"


Ayat di atas menunjukkan penulisan preposisi "di" yang betul kerana "di" dieja terpisah daripada kata nama arah "hadapan". Namun, berdasarkan pengamatan kami sepanjang perjalanan ke Gurney, terdapat banyak kesalahan penulisan "di" pada papan tanda dan sebagainya. Lihat gambar di bawah:









kesilapan "di" yang ditulis sebagai "disebelah"





Kesilapan "di" yang ditulis secara rapat "dikalangan".Sepatutnya ditulis sebagai "di kalangan"

2. Kesilapan penulisan imbuhan "-di"

Menurut Nik Safiah Karim, afiks "-di" merupakan afiks yang berfungsi sebagai penanda ayat pasif. Afiks ini perlu dieja bercantum dengan kata yang mengikutinya untuk membentuk ayat pasif. Lihat contoh di bawah:


"buku itu dibaca oleh Ahmad"


Ayat di atas menunjukkan penulisan "di" sebagai afiks yang tepat. Afiks "di" dieja bercantum dengan kata kerja "baca" untuk membentuk kata kerja pasif "dibaca". Namun, berdasarkan pengamatan kami sepanjang perjalanan ke Gurney, terdapat banyak kesalahan penulisan "di" pada papan tanda dan sebagainya. Lihat gambar di bawah:










kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di-larang" dan "di-hadapan"







kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di larang"

Kemudian, semasa di Gurney, kami telah menemubual beberapa pekedai yang berada di situ. Kebanyakan pekedai yang ada di situ berbangsa cina. Namun, apa yang menarik, sewaktu salah seorang ahli kumpulan kami yang berbangsa cina iaitu Chan Yan Yi bertanya sesuatu kepada salah seorang penjaga kedai kasut yang juga berbangsa cina dalam bahasa Melayu, penjaga kedai tersebut menjawab dalam bahasa Melayu.

Dialog pengkaji dengan responden.

Chan Yan Yi : Ada saiz 48?
Responsen : Ada

Namun, tidak dinafikan, terdapat juga percampuran kod pertuturan yang dilakukan oleh kebanyakan pekedai dan pengunjung. Misalnya, semasa kami bertanya soalan kepada seorang pekedai cina dalam bahasa Melayu, pekedai tersebut menjawabnya dengan mencampur adukkan bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris

Senarai ahli

Chan Yan Yi (2)
Maisara Abd. Karim (10)
Siti Zaliha binti Mangit (26)

Khamis, 5 Februari 2009

Cara menyebut Gong Xi Fa Chai

Gung Hi Fat Chai (Hakka)
Gong Xi Fa Chai (Mandarin)
Gung Hei Fat Chain (Kantonis)

Perbandingan posisi konsep milik

2, Chan Yan Yi
10, Maisarah binti Abd Karim


Pendahuluan
Esei ini membincangkan konsep milik dalam dialek Johor yang dituturkan oleh Maisarah dan dialek Kantonis yang dituturkan oleh Chan Yan Yi. Esei ini bertujuan untuk membandingkan posisi konsep milik yang terdapat dalam dialek Johor dan dialek Kantonis.


Analisis data
Berdasarkan contoh di bawah, kami akan membandingkan perbezaan posisi konsep milik dalam dialek Johor dan dialek Kantonis.

Dialek Johor
Baju tu orang punya.

Dialek Kantonis
ko kian hei ngo sam. (Itu ialah saya baju)

Bahasa Melayu Standard Baju itu kepunyaan saya.
Dialek Johor Baju tu orang punya.
Dialek Kantonis Ko kian hei ngo sam.




Berdasarkan data di atas, perkataan yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'orang punya' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'ngo'. Dalam dialek Johor, 'orang punya' membawa maksud 'saya' seperti dalam bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'ngo' membawa maksud 'saya' seperti 'orang punya' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Baju itu kepunyaan saya'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul selepas frasa nama iaitu 'baju itu'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul sebelum kata nama 'baju'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis. Posisi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza. Kami mendapati bahawa dalam dialek Johor, kata ganti nama 'orang punya' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir selepas kata nama 'baju tu'. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, kata ganti nama 'ngo' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir sebelum 'sam'(baju).

Dialek Johor
Rantai saya sangat cantik.

Bahasa Kantonis
ngo lin hao liang.(Saya rantai sangat cantik)


Bahasa Melayu Standard Rantai saya sangat cantik.
Dialek Johor Rantai saya sangat cantik.
Dialek Kantonis ngo lin hao liang.


Perkataan yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'saya' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'ngo'. Dalam dialek Johor, 'saya' membawa maksud yang sama dengan'saya' bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'ngo' membawa maksud yang sama dengan 'saya' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Rantai saya sangat cantik'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul selepas frasa nama iaitu 'Rantai'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul sebelum kata nama 'rantai'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis.Posisi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza.

Dialek Johor
Beg itu kita orang yang beli.

Dialek Kantonis
ko bao hei ngo dei mai. (Itu beg kami beli)


Bahasa Melayu Standard Kami membeli beg itu.
Dialek Johor Kita orang yang beli beg itu.
Dialek Kantonis ko bao hei ngo dei mai



Berdasarkan data di atas, perkataan yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'kita orang' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'ngo dei'. Dalam dialek Johor, 'kita orang' membawa maksud 'kami' seperti dalam bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'ngo dei' membawa maksud 'kami' seperti 'kita orang' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Kami yang membeli beg itu'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul sebelum frasa nama iaitu 'beg itu'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul selepas kata nama 'beg'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis. Posisi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza. Kami mendapati bahawa dalam dialek Johor, kata ganti nama 'kita orang' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir selepas kata nama 'beg tu'. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, kata ganti nama 'ngo dei' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir sebelum 'bao'(beg).

Kesimpulan
Selepas analisis dijalankan, kami mendapati bahawa terdapatnya perbezaan tentang kehadiran posisi yang membawa maksud konsep milik dalam dialek yang berbeza. Perbezaan posisi konsep milik boleh dilihat dari segi struktur ayat dalam dialek masing-masing.

Isnin, 2 Februari 2009

HMT329: Analisis Kontrastif (Meet Uncle Hussein)

Perbandingan Kontrastif Makna

Lagu Untukmu
Pada pendapat saya, lagu ini ditulis oleh MUH untuk menyampaikan perasaan mereka kepada orang yang melukakan hati mereka.

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Tafsiran saya pada rangkap ini ialah tiada apa-apa yang dapat menenangkan hati mereka yang terluka. Tetapi, mereka yakin bahawa mereka dapat berdiri semula tanpa bantuan orang lain.

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Rangkap ini bermaksud MUH berpendapat bahawa hati dan fikiran mereka berbeza dengan orang lain. Fikiran pihak yang berkaitan tidak seperti dulu lagi. Kepercayaan antara mereka dengan pihak tersebut telah hilang dan tidak boleh patah balik.

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Rangkap ini bermaksud MUH berasa diri seperti alat yang dipermainkan oleh orang lain. Orang-orang ini tidak mempedulikan perasaan mereka. Mereka berasa kecewa dan tidak dapat bertahan dengan orang-orang ini lagi.

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Tafsiran saya pada rangkap ini ialah MUH tidak tahu bagaimana menyesuaikan diri dengan orang-orang ini. Mereka berasa diri dan orang-orang ini mempunyai fikiran yang berbeza. Hala tuju yang berbeza. MUHmembuat keputusan untuk menamatkan hubungan antara mereka dengan orang-orang ini.

Isnin, 19 Januari 2009

HMT329:Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna

Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna

Tajuk : Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna untuk berita Bernama berbahasa Mandarin dan berbahasa Melayu [Analisis Kontrastif Semantik]

1.0 Pendahuluan

Esei ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan antara hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama bahasa Mandarin dan berita Bernama bahasa Melayu. Kami tidak memfokuskan terhadap satu tajuk berita kerana terdapat dua berita berbahasa Mandarin dan dua berita berbahasa Melayu dalam data yang dikaji oleh kami. Kami akan mengkaji dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa.

Data yang dibuat perbandingan dalam bahasa itu sendiri contohnya dalam bahasa Mandarin itu sendiri merupakan intrabahasa. Manakala, data yang dibandingkan dengan bahasa lain merupakan interbahasa. Misalnya, data yang dibanding dalam bahasa Mandarin dengan bahasa Melayu merupakan interbahasa.

Sinonim dapat didefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama dalam sesuatu bahasa [ Kamus Linguistik, 1997: halaman 204 ].

Nik Safiah Karim dan rakan-rakan di dalam bukunya, Tatabahasa Dewan memberi definisi kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. [ Tatabahasa Dewan, 2008: halaman 239 ]

2.0 Tujuan

Tugasan ini akan menganalisis kesinoniman kata hubung yang wujud di dalam rencana bernama1 dan rencana bernama 2 di mana kata nama yang wujud di dalam rencana-rencana tersebut akan disenaraikan dan diberi definisi secara harfiah. Tujuannya adalah untuk melihat hubungan antara perkataan tersebut dengan makna kamus dengan makna yang digunakan oleh penulis di dalam penulisan rencana tersebut. Di sini, persamaan dan perbezaan pengunaan perkataan dapat dikenalpasti dan dianalisis pada bahagian dapatan dan analisis

3.0 Kaedah

Kaedah yang digunakan oleh kami dalam kajian ini ialah kaedah korpus yang diperolehi oleh kami daripada TextStat. Kami hanya mengkaji kata hubung sahaja dalam kedua-dua bahasa ini. Dalam kata hubung tersebut, kami hanya memfokuskan penggunaan ’dan’ dan ’he’sahaja dalam kedua-dua bahasa ini. Kami akan menggunakan konkordans yang terdapat dalam program TextStat untuk melihat kekerapan penggunaan kata hubung ’dan’ dan ’he’ dalam kedua-dua bahasa tersebut.

Penggunaan kata hubung ’he’ dalam berita berbahasa Mandarin muncul sebanyak 8 kali dalam data. Peratusan bagi perkataan tersebut ialah sebanyak 1.4%. Manakala dalam berita bahasa Melayu, kata hubung ’dan’ muncul sebanyak 15kali dengan peratusan sebanyak 3.02 %.

4.0 Dapatan dan analisis kajian

Aspek makna yang dikaji oleh kami ialah sinonim. Sinonim ialah perkataan yang sama erti atau maknanya. Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata dengan makna. (http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=UPSR&s=BM&b=MEI&m=3&r=m&i=NOTA, 18 Jan 2009).

Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, kata seerti; kata yang bersinonim mempunyai kata-kata yg sama atau hampir sama maknanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Menurut Wikipedia. Sinonim ialah perkataan seerti atau kata yang mempunyai sama maksud (Wikipedia, 18 Jan 2009). Pernyataan ini disokong oleh F.R.Palmer (1989:97) dalam buku Semantik:

Sinonim ialah set perkataan yang mempunyai makna yang sama iaitu perkataan-perkataan itu seerti atau bersinonim di antara satu sama lain.
Kata hubung ‘dan’ atau ‘he’ dalam bahasa Cina mempunyai makna yang sama iaitu bersinonim antara satu sama lain. Walaupun kata hubung ‘dan’ dan ‘he’ mempunyai makna yang serupa tetapi kewujudan kata hubung ini tidak setara dalam kedua-dua berita yang saya kajikan.

1) Mandarin: 1200 ming jing_yuan he 5000 ming lu_lu jiao_tong_ju
Melayu: 1,200 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kira-kira 5,000 anggota
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
2) Mandarin: che_liang zhi_zhao_ju he guo-jia fan_du ji_gou
Melayu: Lembaga_Perlesenan Kenderaan_Perdagangan dan Agensi Anti Dada Kebangsaan
3) Mandarin: lian_bang kong_lu he zou_ji gong_lu
Melayu: jalan_persekutuan dan jalan_negeri
4) Mandarin: jin_fang he xuan ju wei yuan hui de he zou
Melayu: polis dan kerjasama yang diberikan

Daripada jadual di atas, boleh didapati bahawa kata hubung ‘dan’ wujud lebih banyak kali dalam berita bahasa Melayu berbanding kata hubung ‘he’ dalam berita bahasa Mandarin yang dikaji. Walaupun, kedua-dua kata hubung ini bersinonim tetapi kekerapan kewujudan adalah berbeza.

Berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, kata hubung pancangan ‘dan’ adalah bersinonim dengan ‘serta’. (http://apldbp2.dbp.gov.my/personel/tesaurus/tesauruscari.htm, 18 Jan 2009). Jadi ini bermaksud, dalam bahasa Melayu, kita dapat menggantikan kata hubung ‘dan’ dengan kata hubung ‘serta’ kerana mempunyai fungsi yang sama. kedua-dua ialah kata hubung gabungan. kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. (Tatabahasa Dewan, halaman 239)


5.0 Penutup

Secara kesimpulannya, kata hubung ‘he’ dalam bahasa Mandarin adalah bersinonim dengan kata hubung ‘dan’ dalam bahasa Melayu. Tetapi, penggantiannya adalah bergantung kepada konteks penggunaannya.

6.0 Rujukan:

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
R.F.Palmer. 1989. Semantik (Penterjemah: Abdullah Hassan) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa Dewan. 2006. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Wikipedia. 5 Mac 2008. Sinonim. Mediawiki [18 Januari 2009]
http://mandarin.bernama.com/v2/newslist_detail.php?id=384402
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=384403

http://mandarin.bernama.com/v2/newslist_detail.php?id=38426
http://www.niederlandistik.fu-berlin.de/textstat/


7.0 Lampiran

Ops Sikap Tahun Baru Cina Mulai 19 Januari


KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ops Sikap ke-19 sempena perayaan Tahun Baru Cina akan diadakan selama 15 hari mulai 19 Januari hingga 2 Februari ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata kira-kira 1,200 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kira-kira 5,000 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan digerakkan dalam kempen keselamatan jalan raya tersebut yang bertemakan "Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat".

Antara jabatan lain yang terlibat ialah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ong berkata sempena Ops Sikap, had laju kenderaan akan dikurangkan sebanyak 10 km/sejam bagi jalan persekutuan dan jalan negeri.

"Had laju maksimum bagi jalan-jalan persekutuan akan dikurangkan daripada 90km/sejam kepada 80km/sejam dan bagi jalan negeri dari 80km/sejam kepada 70km/sejam," katanya.

Beliau berkata kenderaan berat adalah dilarang menggunakan jalan raya sebelum hari perayaan dari 24 hingga 25 Jan dan selepas tempoh perayaan dari 31 Jan hingga 1 Feb.

Ong berkata lesen sementara akan dikeluarkan bagi menampung kekurangan bas ekspres.

Bagi melancarkan perjalanan lalu-lintas, semua kerja-kerja membaiki dan membina jalan raya akan dihentikan sepanjang tempoh kempen.

Ong berkata kerajaan juga akan meningkatkan kekerapan penyiaran iklan khas tentang keselamatan jalan raya di rangkaian televisyen dan radio serta akhbar utama mulai Khamis.

Katanya mesej keselamatan jalan raya juga akan disebarkan melalui laman web www.panducermat.org.my dan www.jkjr.gov.my serta menerusi ledakan e-mel.

Beliau berkata agensi kerajaan dan badan sukarela yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam 3, Pasukan St John Ambulans, PBSM dan Peronda Lebuhraya PLUS, MTD dan RSMC akan bertindak sebagai "Emergency Response Team" yang akan berada dalam keadaan bersedia 24 jam di 15 lokasi sepanjang lebuhraya PLUS dan MTD untuk memberi bantuan dalam keadaan yang memerlukan.

Ong berkata pemakaian tali pinggang keselamatan pada kenderaan termasuk bas akan turut dipantau.

-- BERNAMA


Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.


Ops Sikap Tahun_Baru_Cina Mulai 19 Januari


KUALA_LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ops Sikap ke-19 sempena perayaan Tahun_Baru_Cina akan diadakan selama 15 hari mulai 19 Januari hingga 2 Februari ini.

Menteri_Pengangkutan Datuk_Seri_Ong_Tee_Keat berkata kira-kira 1,200 anggota Polis_Diraja_Malaysia(PDRM) dan kira-kira 5,000 anggota Jabatan_Pengangkutan_Jalan (JPJ) akan digerakkan dalam kempen keselamatan jalan_raya tersebut yang bertemakan "Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat".

Antara jabatan lain yang terlibat ialah Lembaga_Perlesenan Kenderaan_Perdagangan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ong berkata sempena Ops Sikap, had_laju kenderaan akan dikurangkan sebanyak 10 km/sejam bagi jalan_persekutuan dan jalan_negeri.

"Had_laju maksimum bagi jalan-jalan persekutuan akan dikurangkan daripada 90km/sejam kepada 80km/sejam dan bagi jalan_negeri dari 80km/sejam kepada 70km/sejam," katanya.

Beliau berkata kenderaan_berat adalah dilarang menggunakan jalan_raya sebelum hari_perayaan dari 24 hingga 25 Jan dan selepas tempoh perayaan dari 31 Jan hingga 1 Feb.

Ong berkata lesen sementara akan dikeluarkan bagi menampung kekurangan bas ekspres.

Bagi melancarkan perjalanan lalu-lintas, semua kerja-kerja membaiki dan membina jalan_raya akan dihentikan sepanjang tempoh kempen.

Ong berkata kerajaan juga akan meningkatkan kekerapan penyiaran iklan khas tentang keselamatan jalan_raya di rangkaian televisyen dan radio serta akhbar utama mulai Khamis.

Katanya mesej keselamatan jalan_raya juga akan disebarkan melalui laman web www.panducermat.org.my dan www.jkjr.gov.my serta menerusi ledakan e-mel.

Beliau berkata agensi_kerajaan dan badan_sukarela yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat, Jabatan_Pertahanan_Awam_3, Pasukan_St_John_Ambulans, PBSM dan Peronda_Lebuhraya_PLUS, MTD dan RSMC akan bertindak sebagai "Emergency_Response_Team" yang akan berada dalam keadaan bersedia 24 jam di 15 lokasi sepanjang lebuhraya PLUS dan MTD untuk memberi bantuan dalam keadaan yang memerlukan.

Ong berkata pemakaian tali_pinggang keselamatan pada kenderaan termasuk bas akan turut dipantau.

BERNAMA


Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.


华人新年期间(态度行动19)由一月十九日展开至二月二日结束

http://mandarin.bernama.com/v2/newslist_detail.php?id=384402
hua_ren xin_nian qi_jian (tai_du xing_dong 19) you yi yue shi_jiu ri chan_kai zhi er yue er ri jie-su


(ji_long_po shi_wu ri ma xin she) pei_he hua_ren xin_nian ju_dong de (tai_du xing_dong 19) jiang zai yi yue shi_jiu ri chan_kai zhi er yue er ri jie-su.
jiao_tong_bu_zhang na_tu_si_li-weng_si_jie shuo, yu_liao jiang you 1200 ming jing_yuan he 5000 ming lu_lu jiao_tong_ju zhi_fa ren_yuan jiang can_yu zhe_xiang dao_lu an_quan jian_ju xing_dong.

chi_wai, qi_ta she_ji de bu_men bao_gua shang_yong che_liang zhi_zhao_ju he guo-jia fan_du ji_gou.

ta jin_ri fa_biao wen_gao zhe_me tou_lu.

ta shuo, pai_he tai_du xing_dong, zai lian_bang kong_lu he zou_ji gong_lu xing_shi de jiao_tong_gong_ju shi_su xian_zhi jiang ping-shi jiang_di mei xiao_shi shi gong_li.

ta shuo, "lian_bang gong_lu de shi_su xian_zhi jiang mei xiao-shi jiu_shi gong_li jiang-di zhi mei xiao-shi ba_shi gong_li, er zou_ji gong_lu zhe you mei xiao_shi ba_shi gong_li jiang_di zhi mei xiao_shi qi-shi gong_li."

ta ye shuo, zhong_xing che_liang jiang hui zai yi yue er_shi_si ri zhi er_shi-wu ri, ji yi yue san_shi_yi ri zhi er yue yi ri bei jing_zhi shang_lu.

weng_shi_jie ye shuo, jiao_tongbu jiang hui fa_chu ling_shi zhi_zhao jie_jue chang_ba duan_que de wen_ti.

te ye shuo, zai zhe_duan qi_jian de suo_you dao_lu jian_zhu ji wei_xiu gong_zuo jiang zhan_ting yi que_bao suo_you dao_lu shun_chang wu_zhu.

ta ye tou_lu, lai_zhi jing_fang,xiao_fang yu zheng_jiu_ju, ming fang bu_dui, sheng_yue-han jiu-shang_dui, hong_xing_yue_hui ji nan_bei_da_dao xun_luo_dui deng zhi_yuan tuan_ti jiang zhu_cheng "jing_ji fan_ying tuan_dui", yi_bian zai nan_bei_da_dao shi_wu ge di_dian jing_xing er_shi_si xiao_shi hou_ming, yi_bian fa_sheng jing_ji shi_jian shi ti_gong xie_zhu.

ta ye shuo, zhi_fa dang_ju zai (tai_du_xing_dong shi_jiu) qi_jian ye jiang jian_du qi_che hou_zuo cheng_ke he ba_shi cheng_ke shi_fou zhun_shou kou xi an_quan_dai tiao_li.

wo_men ling_wai zai
ma xin she zhong_wen xin_wen fu_wu ti_gong fu_fei de xin_wen fu_wu.


Proses Pengundian Berjalan Lancar Tanpa Pergaduhan

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Bernama) -- Proses pengundian di semua pusat undi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu secara amnya berjalan lancar hari ini selain dua insiden kecil terpencil berikutan kecekapan polis dan kerjasama yang diberikan oleh penyokong parti-parti bertanding.

"Walaupun suasana agak tegang di beberapa pusat pengundian, namun ia senario biasa yang berlaku pada hari pengundian.

"Tiada sebarang insiden pergaduhan yang berlaku dalam tempoh pengundian dijalankan sehingga pukul 5 petang tadi," kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam sidang media di sini, Sabtu.

Beliau berkata satu laporan polis dibuat oleh seorang penyokong PAS mendakwa terdapat seorang individu berada di kawasan yang tidak dibenarkan di kawasan pusat mengundi.

Polis sedang menyiasat dakwaan itu, katanya.

Di Gong Kapas, katanya, terdapat satu pergaduhan kecil melibatkan penyokong dua parti yang bertanding namun perselisihan faham itu dapat diselesaikan segera tanpa sebarang tangkapan.

Bagi melicinkan proses penjumlahan undi di Stadium Negeri, katanya polis telah menutup jalan bermula dari bulatan Ladang sehingga Jalan Sultan Mahmud bagi membolehkan semua penyokong parti berkumpul di situ.

Katanya, semua peti undi dijangka tiba di pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri dari 8.30 malam hingga 9.30 malam.Mohd Shukri juga berkata polis tidak membenarkan mana-mana pihak mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan pada pilihan raya kecil itu.

-- BERNAMA

Proses Pengundian Berjalan Lancar Tanpa Pergaduhan

KUALA_TERENGGANU, 17 Jan (Bernama) -- Proses pengundian di semua pusat_undi pilihan_ raya kecil Parlimen Kuala_Terengganu secara amnya berjalan lancar hari ini selain dua insiden kecil terpencil berikutan kecekapan polis dan kerjasama yang diberikan oleh penyokong parti-parti bertanding.

"Walaupun suasana agak tegang di beberapa pusat pengundian, namun ia senario biasa yang berlaku pada hari pengundian.

"Tiada sebarang insiden pergaduhan yang berlaku dalam tempoh pengundian dijalankan sehingga pukul 5 petang tadi," kata Ketua_Polis_Terengganu Datuk_Mohd_Shukri_Dahlan dalam sidang_media di sini, Sabtu.

Beliau berkata satu laporan polis dibuat oleh seorang penyokong PAS mendakwa terdapat seorang individu berada di kawasan yang tidak dibenarkan di kawasan pusat mengundi.

Polis sedang menyiasat dakwaan itu, katanya.

Di Gong_Kapas, katanya, terdapat satu pergaduhan kecil melibatkan penyokong dua parti yang bertanding namun perselisihan faham itu dapat diselesaikan segera tanpa sebarang tangkapan.

Bagi melicinkan proses penjumlahan undi di Stadium_Negeri, katanya polis telah menutup jalan bermula dari bulatan Ladang sehingga Jalan Sultan Mahmud bagi membolehkan semua penyokong parti berkumpul di situ.

Katanya, semua peti_undi dijangka tiba di pusat penjumlahan undi di Stadium_Negeri dari 8.30 malam hingga 9.30 malam.Mohd_Shukri juga berkata polis tidak membenarkan mana-mana pihak mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan pada pilihan_raya kecil itu.

-- BERNAMA

(http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=384403)


瓜拉登加楼补选:截至上午十一时已有约三十巴仙选民已经投票
登州总警长否认警方邮寄选票已被点算 (瓜拉登嘉楼15日马新社讯)登州总警长拿督苏克里否认有关方面指瓜登补选的警方邮寄选票已被点算,并形容该项指责毫无根据。
他说,警方确实很认真看待相关指责,因为这项指责已被不负责任人士通过手机短讯广泛流传。
他说:“我完全否认有这么一回事...这种指责完全没有根据,这等于质疑警方和选举委员会处理邮寄选票的透明度。”
他说,邮寄选票目前已经存放在警方的扣留所,而且钥匙已经交由选举委员会官员保管。
苏克里相信相关的谣言如不及早制止,它将会为参与补选的各方制造问题和疑惑。
他也否认某方面指警方和国阵勾结,因为警方并没有对任何政党采取歧视的态度。
他说:“我不会接受上头的指示对反对党制造问题。”
另一方面,苏克里也说,警方昨日接到有人投报,参加补选的政党在进行拜票时发生冲突。
他说,相关的案件将根据1954年选举法令第91条文进行调查。

http://mandarin.bernama.com/v2/newslist_detail.php?id=38426

Gua_la_deng_jia_lou bu_xuan: jie_zhi shang_wu shi_yi_shi yi you yue san_shi_ba_xian xuan_min yi_jing tou_piao

Deng_chou_jin_zhang fou ren jin_fang you ji xuan piao yi bei dian suan
Gua_la_deng_jia_lou shi_wu_ri ma_xin_shi_xun Deng_chou_jin_zhang fou ren you guan fang mian zhi gua_la_deng_jia_lou de jin_fang you ji xuan piao
yi bei dian xuan bing xin rong gai xiang zhi zhe hou wu gen ju
ta shui jin_fang que shi hen ren zhen kan dai xiang guan zhi zhe ying wei zhe xiang zhi zhe yi bei bu fu zi de ren tong gua shou ji duan sun guang fan liu chuan
ta shui wo wan quan fou ren you zhe me yi hui shi zhi zhong zhi zhe wan quan mei you gen ju zhe deng yu zi yi jin_fang he xuan ju wei yuan hui de he zou chu li you ji xuan piao de tou ming du
ta shui you ji xuan piao mu qian yi jin zuan fang zai jin_fang de kou_liao_zuo er_qie yao_shi yi jin jiao you xuan_ju_wei_yuan_hui guan_yuan bao guan
su_ge_li xiang xin xiang guan de yao_yan ru bu ji zao zhi ze ta jiang hui chan yu bu xuan de ge fang zhi_zao he yi_huo
ta ye fou ren mou fang mian zhi jin fang he guo_ku gou jie ying wei jin_fang bing mei you ren he zhen dang cai qu qi zhi de tai_du
ta shui wo bu hui jie sou shang tou de zhe shi dui fan dui dang zhi zao wen ti
ling yi fang mian su_ke_li ye shui jin fang zou ri jie dao you ren tou bao can jia bu xuan de zhen_dang zai jin xin bai piao shi fa sheng zhong tu
ta shui xiang guan de an jian jian gen ju yi_jiu_wu_shi nian xuan ju fa lin di jiu_shi_yi diao wen jin xuan xin tiao ca

LIM SIEW SUAN, 89696
CHAN YAN YI, 91114

Ahad, 18 Januari 2009

Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna

Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna

Tajuk : Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna untuk berita Bernama berbahasa Mandarin dan berbahasa Melayu [Analisis Kontrastif Semantik]

1.0 Pendahuluan

Esei ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan antara hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama bahasa Mandarin dan berita Bernama bahasa Melayu. Kami tidak memfokuskan terhadap satu tajuk berita kerana terdapat empat berita berbahasa Mandarin dan empat berita berbahasa Melayu dalam data yang dikaji oleh kami. Kami akan mengkaji dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa.

Data yang dibuat perbandingan dalam bahasa itu sendiri contohnya dalam bahasa Mandarin itu sendiri merupakan intrabahasa. Manakala, data yang dibandingkan dengan bahasa lain merupakan interbahasa. Misalnya, data yang dibanding dalam bahasa Mandarin dengan bahasa Melayu merupakan interbahasa.

Sinonim dapat didefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama dalam sesuatu bahasa [ Kamus Linguistik, 1997: halaman 204 ].

Nik Safiah Karim dan rakan-rakan di dalam bukunya, Tatabahasa Dewan memberi definisi kata nama sebagai “ perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau kontruksi frasa nama ”. [ Tatabahasa Dewan, 2008: halaman 132 ]

2.0 Tujuan

Tugasan ini akan menganalisis kesinoniman kata nama yang wujud di dalam rencana bernama1 dan rencana bernama 2 di mana kata nama yang wujud di dalam rencana-rencana tersebut akan disenaraikan dan diberi definisi secara harfiah. Tujuannya adalah untuk melihat hubungan antara perkataan tersebut dengan makna kamus dengan makna yang digunakan oleh penulis di dalam penulisan rencana tersebut. Di sini, persamaan dan perbezaan pengunaan perkataan dapat dikenalpasti dan dianalisis pada bahagian dapatan dan analisis.


Nama Ahli Kumpulan:
CHAN YAN YI
OOI YUN KEAN
CHOO HOOI LEAN
LIM SIEW SUAN

Proses Pengundian Berjalan Lancar Tanpa Pergaduhan

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Bernama) -- Proses pengundian di semua pusat undi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu secara amnya berjalan lancar hari ini selain dua insiden kecil terpencil berikutan kecekapan polis dan kerjasama yang diberikan oleh penyokong parti-parti bertanding.

"Walaupun suasana agak tegang di beberapa pusat pengundian, namun ia senario biasa yang berlaku pada hari pengundian.

"Tiada sebarang insiden pergaduhan yang berlaku dalam tempoh pengundian dijalankan sehingga pukul 5 petang tadi," kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam sidang media di sini, Sabtu.

Beliau berkata satu laporan polis dibuat oleh seorang penyokong PAS mendakwa terdapat seorang individu berada di kawasan yang tidak dibenarkan di kawasan pusat mengundi.

Polis sedang menyiasat dakwaan itu, katanya.

Di Gong Kapas, katanya, terdapat satu pergaduhan kecil melibatkan penyokong dua parti yang bertanding namun perselisihan faham itu dapat diselesaikan segera tanpa sebarang tangkapan.

Bagi melicinkan proses penjumlahan undi di Stadium Negeri, katanya polis telah menutup jalan bermula dari bulatan Ladang sehingga Jalan Sultan Mahmud bagi membolehkan semua penyokong parti berkumpul di situ.

Katanya, semua peti undi dijangka tiba di pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri dari 8.30 malam hingga 9.30 malam.Mohd Shukri juga berkata polis tidak membenarkan mana-mana pihak mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan pada pilihan raya kecil itu.

-- BERNAMA