Isnin, 30 Mac 2009

HMT329 Analisis Kontrastif-Laporan Perjalanan ke Gurney

Pada 22 Mac 2009, kami kerabat kursus HMT329 telah memulakan pengembaraan ke Gurney. Namun, pengembaraan kami kali ini bukanlah seperti pengembaraan kami ke Queens Bay pada semester yang lalu iaitu dengan berjalan kaki. Sebaliknya, rombongan kami menaiki bas Milan ke KOMTAR sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Kota, kemudian berhenti seketika di Jeti untuk menaiki bas ke Gurney.




Di sinilah tempat kami menunggu bas....Naik bas free...

Sepanjang pejalanan ke Gurney, banyak papan tanda, "banner" dan sebagainya yang memperlihatkan kesalahan tatabahasa diambil. Berikut merupakan hasil tinjauan dan penelitian kami tentang kesalahan penggunaan tatabahasa sepanjang perjalanan ke Gurney.

1. Kesalahan penulisan preposisi "di"

Menurut Nik Safiah Karim (2006 : 252), kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya :

"Azhar berdiri di hadapan cermin"


Ayat di atas menunjukkan penulisan preposisi "di" yang betul kerana "di" dieja terpisah daripada kata nama arah "hadapan". Namun, berdasarkan pengamatan kami sepanjang perjalanan ke Gurney, terdapat banyak kesalahan penulisan "di" pada papan tanda dan sebagainya. Lihat gambar di bawah:









kesilapan "di" yang ditulis sebagai "disebelah"





Kesilapan "di" yang ditulis secara rapat "dikalangan".Sepatutnya ditulis sebagai "di kalangan"

2. Kesilapan penulisan imbuhan "-di"

Menurut Nik Safiah Karim, afiks "-di" merupakan afiks yang berfungsi sebagai penanda ayat pasif. Afiks ini perlu dieja bercantum dengan kata yang mengikutinya untuk membentuk ayat pasif. Lihat contoh di bawah:


"buku itu dibaca oleh Ahmad"


Ayat di atas menunjukkan penulisan "di" sebagai afiks yang tepat. Afiks "di" dieja bercantum dengan kata kerja "baca" untuk membentuk kata kerja pasif "dibaca". Namun, berdasarkan pengamatan kami sepanjang perjalanan ke Gurney, terdapat banyak kesalahan penulisan "di" pada papan tanda dan sebagainya. Lihat gambar di bawah:










kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di-larang" dan "di-hadapan"







kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di larang"

Kemudian, semasa di Gurney, kami telah menemubual beberapa pekedai yang berada di situ. Kebanyakan pekedai yang ada di situ berbangsa cina. Namun, apa yang menarik, sewaktu salah seorang ahli kumpulan kami yang berbangsa cina iaitu Chan Yan Yi bertanya sesuatu kepada salah seorang penjaga kedai kasut yang juga berbangsa cina dalam bahasa Melayu, penjaga kedai tersebut menjawab dalam bahasa Melayu.

Dialog pengkaji dengan responden.

Chan Yan Yi : Ada saiz 48?
Responsen : Ada

Namun, tidak dinafikan, terdapat juga percampuran kod pertuturan yang dilakukan oleh kebanyakan pekedai dan pengunjung. Misalnya, semasa kami bertanya soalan kepada seorang pekedai cina dalam bahasa Melayu, pekedai tersebut menjawabnya dengan mencampur adukkan bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris

Senarai ahli

Chan Yan Yi (2)
Maisara Abd. Karim (10)
Siti Zaliha binti Mangit (26)