Perbandingan Kontrastif Makna
Lagu Untukmu
Pada pendapat saya, lagu ini ditulis oleh MUH untuk menyampaikan perasaan mereka kepada orang yang melukakan hati mereka.
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Tafsiran saya pada rangkap ini ialah tiada apa-apa yang dapat menenangkan hati mereka yang terluka. Tetapi, mereka yakin bahawa mereka dapat berdiri semula tanpa bantuan orang lain.
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Rangkap ini bermaksud MUH berpendapat bahawa hati dan fikiran mereka berbeza dengan orang lain. Fikiran pihak yang berkaitan tidak seperti dulu lagi. Kepercayaan antara mereka dengan pihak tersebut telah hilang dan tidak boleh patah balik.
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
Rangkap ini bermaksud MUH berasa diri seperti alat yang dipermainkan oleh orang lain. Orang-orang ini tidak mempedulikan perasaan mereka. Mereka berasa kecewa dan tidak dapat bertahan dengan orang-orang ini lagi.
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Tafsiran saya pada rangkap ini ialah MUH tidak tahu bagaimana menyesuaikan diri dengan orang-orang ini. Mereka berasa diri dan orang-orang ini mempunyai fikiran yang berbeza. Hala tuju yang berbeza. MUHmembuat keputusan untuk menamatkan hubungan antara mereka dengan orang-orang ini.
HMT329 Kesalahan dalam Penggunaan Bahasa pada Papan Tanda
16 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan