Khamis, 5 Februari 2009

Cara menyebut Gong Xi Fa Chai

Gung Hi Fat Chai (Hakka)
Gong Xi Fa Chai (Mandarin)
Gung Hei Fat Chain (Kantonis)

Perbandingan posisi konsep milik

2, Chan Yan Yi
10, Maisarah binti Abd Karim


Pendahuluan
Esei ini membincangkan konsep milik dalam dialek Johor yang dituturkan oleh Maisarah dan dialek Kantonis yang dituturkan oleh Chan Yan Yi. Esei ini bertujuan untuk membandingkan posisi konsep milik yang terdapat dalam dialek Johor dan dialek Kantonis.


Analisis data
Berdasarkan contoh di bawah, kami akan membandingkan perbezaan posisi konsep milik dalam dialek Johor dan dialek Kantonis.

Dialek Johor
Baju tu orang punya.

Dialek Kantonis
ko kian hei ngo sam. (Itu ialah saya baju)

Bahasa Melayu Standard Baju itu kepunyaan saya.
Dialek Johor Baju tu orang punya.
Dialek Kantonis Ko kian hei ngo sam.




Berdasarkan data di atas, perkataan yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'orang punya' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'ngo'. Dalam dialek Johor, 'orang punya' membawa maksud 'saya' seperti dalam bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'ngo' membawa maksud 'saya' seperti 'orang punya' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Baju itu kepunyaan saya'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul selepas frasa nama iaitu 'baju itu'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul sebelum kata nama 'baju'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis. Posisi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza. Kami mendapati bahawa dalam dialek Johor, kata ganti nama 'orang punya' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir selepas kata nama 'baju tu'. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, kata ganti nama 'ngo' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir sebelum 'sam'(baju).

Dialek Johor
Rantai saya sangat cantik.

Bahasa Kantonis
ngo lin hao liang.(Saya rantai sangat cantik)


Bahasa Melayu Standard Rantai saya sangat cantik.
Dialek Johor Rantai saya sangat cantik.
Dialek Kantonis ngo lin hao liang.


Perkataan yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'saya' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'ngo'. Dalam dialek Johor, 'saya' membawa maksud yang sama dengan'saya' bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'ngo' membawa maksud yang sama dengan 'saya' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Rantai saya sangat cantik'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul selepas frasa nama iaitu 'Rantai'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul sebelum kata nama 'rantai'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis.Posisi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza.

Dialek Johor
Beg itu kita orang yang beli.

Dialek Kantonis
ko bao hei ngo dei mai. (Itu beg kami beli)


Bahasa Melayu Standard Kami membeli beg itu.
Dialek Johor Kita orang yang beli beg itu.
Dialek Kantonis ko bao hei ngo dei mai



Berdasarkan data di atas, perkataan yang menunjukkan konsep milik dalam dialek Johor ialah 'kita orang' manakala dalam dialek Kantonis, perkataan yang menunjukkan konsep milik ialah 'ngo dei'. Dalam dialek Johor, 'kita orang' membawa maksud 'kami' seperti dalam bahasa Melayu standard. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, 'ngo dei' membawa maksud 'kami' seperti 'kita orang' dalam dialek Johor. Walaupun perkataan diungkap dalam dialek yang berbeza tetapi kedua-dua adalah mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas membawa maksud 'Kami yang membeli beg itu'.

Berdasarkan ayat dalam dialek Johor, didapati bahawa konsep milik muncul sebelum frasa nama iaitu 'beg itu'. Manakala, dalam dialek Kantonis, konsep milik muncul selepas kata nama 'beg'. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi struktur ayat tentang kehadiran konsep milik bagi dialek Johor dan dialek Kantonis. Posisi konsep milik adalah berbeza dalam dialek yang berbeza. Kami mendapati bahawa dalam dialek Johor, kata ganti nama 'kita orang' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir selepas kata nama 'beg tu'. Sebaliknya, dalam dialek Kantonis, kata ganti nama 'ngo dei' yang membawa maksud konsep milik biasanya hadir sebelum 'bao'(beg).

Kesimpulan
Selepas analisis dijalankan, kami mendapati bahawa terdapatnya perbezaan tentang kehadiran posisi yang membawa maksud konsep milik dalam dialek yang berbeza. Perbezaan posisi konsep milik boleh dilihat dari segi struktur ayat dalam dialek masing-masing.

Isnin, 2 Februari 2009

HMT329: Analisis Kontrastif (Meet Uncle Hussein)

Perbandingan Kontrastif Makna

Lagu Untukmu
Pada pendapat saya, lagu ini ditulis oleh MUH untuk menyampaikan perasaan mereka kepada orang yang melukakan hati mereka.

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Tafsiran saya pada rangkap ini ialah tiada apa-apa yang dapat menenangkan hati mereka yang terluka. Tetapi, mereka yakin bahawa mereka dapat berdiri semula tanpa bantuan orang lain.

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Rangkap ini bermaksud MUH berpendapat bahawa hati dan fikiran mereka berbeza dengan orang lain. Fikiran pihak yang berkaitan tidak seperti dulu lagi. Kepercayaan antara mereka dengan pihak tersebut telah hilang dan tidak boleh patah balik.

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Rangkap ini bermaksud MUH berasa diri seperti alat yang dipermainkan oleh orang lain. Orang-orang ini tidak mempedulikan perasaan mereka. Mereka berasa kecewa dan tidak dapat bertahan dengan orang-orang ini lagi.

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Tafsiran saya pada rangkap ini ialah MUH tidak tahu bagaimana menyesuaikan diri dengan orang-orang ini. Mereka berasa diri dan orang-orang ini mempunyai fikiran yang berbeza. Hala tuju yang berbeza. MUHmembuat keputusan untuk menamatkan hubungan antara mereka dengan orang-orang ini.