Rabu, 14 Januari 2009

Aspek tersirat

Artikel ini mengatakan bahawa tidur adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Tidur yang mencukupi dapat membolehkan seseorang bersemangat dan berfikiran cerdas dalam kehidupan harian. Sebaliknya, jika seorang kekurangan tidur, maka ini akan menyebabkan seseorang mudah letih dan senang hilang tumpuan dalam kelas atau semasa melakukan sebarang aktiviti.
Apabila seseorang tidak tidur dengan secukupnya, badannya akan mudah letih.Akibatnya, badan akan mudah dijangkiti penyakit. Misalnya, apabila saya tidak tidur dengan cukup maka saya tidak dapat memberi tumpuan dalam kelas kerana kepala saya pening. Contohnya, pada semester ini, terdapat empat hari kelas saya bermula pada pukul 8 pagi dan saya terpaksa bangun satu jam lebih awal untuk bersiap sedia sebelum ke kelas. Oleh sebab terlalu bangun awal, ini menyebabkan saya amat letih pada setiap petang. Hal ini menyebabkan saya langsung tidak dapat memberi tumpuan pada kelas waktu petang. Tambahan pula, saya mudah berasa sakit kepala kebelakangan ini kerana terlalu letih dan kurang tidur.
Setiap peringkat umur mempunyai jumlah jam tidur yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu hidup dalam sihat. Sekiranya tidak mematuhi, badan seseorang itu akan menjadi lemah dan mungkin mudah menghidapi penyakit.
Kesimpulannya, aktiviti tidur sangat penting untuk mengurangkan tekanan hidup yang dihadapi setiap hari. Justeru, kita perlu mengutamakan dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Tidur merupakan perkara yang sangat penting bagi manusia. Gangguan tidur merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan tekanan dan seterusnya mengganggu fungsi jantung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan